BAHASA MELAYU
ENGLISH

 


 

Pada satu ketika dimana Nabi Allah Sulaiman duduk di singgahsananya, maka datang satu lembaga yang cukup besar, maka bertanya Nabi Allah Sulaiman “siapakah engkau?”. Maka dijawab oleh lembaga tersebut bahawa akulah Rihul Ahmar…. dan aku bila memasuki rongga anak adam, maka lumpuh, keluar darah dari rongga, dan apabila aku memasuki otak anak adam, maka menjadi gilalah anak Adam.

Maka diperintahkan oleh Nabi Sulaiman a.s supaya membakar lembaga tersebut, maka berkata Rihul Ahmar kepada Nabi Sulaiman bahawa “Aku kekal sehingga hari kiamat, tiada sesiapa yang dapat membinasakan aku melainkan Allah. Lalu Rihul Ahmar tadi pun ghaiblah.

Diriwayatkan cucunda Nabi Muhammad Saw terkena Rihul Ahmar sehingga keluar darah dari rongga hidungnya. Maka datang Jibril kepada Nabi Muhammad saw, bertanya kepada Jibril. Maka ghaib sebentar Jibril lalu kembali mengajari akan doa Rihul Ahmar kepada Nabi Muhammad saw. Kemudian dibaca doa tersebut kepada cucundanya dan dengan sekejap jua sembuh serta merta.

Lalu bersabda Nabi Muhammad saw bahawa barangsiapa membaca akan doa Rihul Ahmar walau sekali dalam seumur hidupnya, maka akan dijauhkan dari penyakit angin ahmar atau stroke. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
 

"Ya Allah Tuhan Kami, kami berlindung kepadaMu dan dengan seluruh kalimah-kalimahMu yang sempurna dari penyakit angin ahmar dan penyakit berat yang ada dalam badan, darah, tulang, daging, kulit dan urat. Maha suci Engkau apabila Engkau, menghendaki sesuatu, maka Engkau hanya mengatakan ‘Jadilah, maka jadilah ia’. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.​"

 
[ Undur | Laman Utama | Maju | Atas ]
 

HUBUNGI KAMI

TRAFIK LAWATAN

MENU


H/P : +6 019 681 9014
WhatsApp.Me

GPS:
1°57'28.4"N
102°37'56.6"E

Google Cordinate:
1,957878, 102.6323862


Pusat Perubatan GUA Pakar Stroke Physioterapi Dato' Kiyai'
 

Laman Utama
Pakej Rawatan Stroke & Minor Stroke
Pakej Alat Vital
Pakej Rawatan Bakal Pengantin
Pakej Mandian Aura Jenar
Pakej Physiotherapy
Syarat Dan Perjanjian
Kemudahan Kami
Galeri Video Bekas Pesakit
Galeri Gambar Bekas Pesakit

Galeri Gambar Mandian Aura Jenar
Galeri Gambar Pesakit Saraf
Borang Maklumat Awal Pesakit
Khasiat Kayu Dewandaru
Sejarah Dan Doa Angin Ahmar
Peta Laman


Kaunter Lawatan
http://www.hitwebcounter.com/htmltutorial.php
WebPage Visits
 

Hakcipta Terpelihara © 2014 - 2017 SakitSedap.Com.My by Ardzham Design